Wednesday, 9 October 2013

Untuk kamu...

beberapa tahun dulu, aku terbaca satu blog yg sgt dekat dgn aku..penulisnya baru setahun menulis..sejak tu aku xpernah miss menjengah penulisan budak ni menerusi blog yg dinamakan 'itu blog dia' hehehhe...sampai bila xde entry baru aku rasa macam nak je aku ketuk umah dia tanya weh budak, kenapa x hapdet bloggggg!!!! aku time tu cuma ada few blog yg aku ikut, dan aku xsure apasal budak ingusan ni ( nah tisu..) berjaya menarik minat aku nk baca setiap entry dia..sampai aku baca balik older post yg aku missed dulu..

Aku terus ikut blog dia sampai p order kek ngn kuih kat mama dia..time p amek terjenguk3 intai ada ke budak ni..tp xpernah jumpa time tu sbb dia study kt Johor..aku juga baca plak blog mama dia skali, dan rasa dia lebih dekat di hati..apa yg membanggakan ialah slps setahun lbh aku jd silent reader, sbb mmg aku bca diam3..(xkn nk jerit plak masa baca kannn) budak ni muncul jd carian terpantas Google untuk tahun 2010..gila baq ang, kalah ct nurhaliza time tu!!!

Keja aku ni yg dekat dgn artis dan menteri tak pernah menyebabkan aku peduli dengan selebriti..cuma sejak ada insta ni aku rajin amek gmbr untuk kawan3 (pirahhhhh hahaha)..aku cuma teringin nak jumpa dia sekali, nak cakap aku suka baca blog dia..dan aku suka dengan cara dia berfikir..sampai aku nak anak aku jd sebijak dia, dean list kot!!!

Aku pernah nak cancel plan tour Europe yang dah dua tahun dirancang sbb kwn3 x jd pergi atas sebab peribadi..tp baca balik entri dia pergi sorang3 xyah nak tunggu kawan laa..why not aku pergi dan cari kawan baru, aku pujuk ati..so I went, dan tu jadi antara pengalaman berharga yg x akan aku lupa..

Dari tahun ke tahun, dia beralih dari model kepada pelakon..dan jadi antara pengacara berwibawa..dan turut terpilih jadi wajah  astro..perghhhh....aku plak yang bangga, pada hal aku sapa??pembaca setia blog dia ja...hahahaha 

Awal tahun ni, ada satu press con astro yg aku pergi..rupa3 nya dia ada kat situ..aku ni yang pernah interview pembesar negara, masuk istana jumpa raja dan jumpa artis3 ternama xtau cemana kaki aku x lepas nak melangkah interview dia...hahahaha ni pengakuan yang aku x pernah nak cerita kat sapa3..last3 aku balik...aku xtau nak ketuk kepala sendiri ka, nak tampar muka sendiri ka atau nak kata lagu mana...

Sampai satu ketika bulan ramadhan lepas, dia ajak sesiapa yg berminat nak berbuka dengan dia..dan aku hubungi nombor yang tertera ( ayat skema hahaha )

Dan selepas itu lah, aku secara peribadi mengenali insan yang bernama Hanis Zalikha..

Sempena hari lahir che hari ini, akak doakan Allah merahmati dan melindungi dirimu tak kira di benua mana kamu berada..semoga dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan sepanjang usia..dilimpahi kejayaan dalam segala bidang yang diceburi, dijodohkan dengan pemuda yang baik budi pekerti serta dibukakanNya seluas-luas pintu rezeki..

Semoga che akan terus menjadi diri sendiri.. happy birthday dear 💝💐







Monday, 29 July 2013

roti bunga hijau..

Hehehe lama nya x menulis.. Byk citer tp xde masa... Masa ada masa, xde citer.. Camtu la lumrah idop ni..

Citer ni jd 3-4 bulan lps.. Aku mmg bz time tu sbb minggu pru13..ehh, aku dah tulis ke blom citer ni ntah??xkisah la sbb citer ni mesti aku ingat sampi bila3..so kalau aku pernah tulih pun korg baca le lagi ekk..

Minggu tu zara ikut babah blk kg utk mengundi.. Mama yg mmg x gemor masak dh beli stok mknan sblm dorg blk kg lg... Senang utk mkn sorg..

Lepas 4-5 hari balik le dua beranak kesayangan mama kat teratak kecik kitorg..smpi pun dh lewat mlm..so x sempat nak borak3 sgt.. Esoknya mama ada meeting, kna masuk awal la pulakk.. So mama pun gerak g office sendiri..

Balik ptg tu kitorg terus siap3 nk kuar dinner.. sambil3 tunggu babah siap, berborak la dgn budak zara..

"Td lunch zara kuar mkn x ngn babah?"

~ xpun, zara makan roti dgn Nutella je.,

"Babah pun mkn roti?"

~ tak babah x makan, babah penat pastu babah tdo je masa zara mkn..

"Habes tu sapa sapu Nutella kt roti zara?"

~ zara la sapu sendiri, zara kan dah besar

"Huihhh pandai sgt anak mama nih" aku puji dgn ikhlas hati..sambil3 aku jeling atas meja mkn..patut ada plastik kosong roti, Nutella dgn pisau jem kt situ..

~maa, roti dah habes, nnt mama beli
lg ok?

Aku iyakan saja..

~ tapi maa, nnt mama xyah la beli roti jenis baru, mama beli roti biasa je ye? Zara xsuka la roti baru tu..

"Roti baru?roti baru yg mna tu?" dlm hati aku mencongak3 bila aku beli roti jenis baru..selalu gardenia biasa je..

~kan roti baru mama beli ada bunga hijau..lain kali xyah beli roti ada bunga ye mama..

"Bunga hijau?" Aku makin confuse..

Terus mama bangun tengok plastik roti..

"Ya Allah, zara makan brapa keping?"

~ zara makan satu je, yg tu sedap..yang satu lagi zara dah letak Nutella, tp sbb ada bunga hijau tu x sedap..zara buang, mama x marah kan??

"Tak sayang, mama x marah..zara sakit perut x?muntah x?"

~xde la maa, mana ada..

" sorry ye zara..apsal zara x kejutkan babah nk mkn tadi?" aku rasa kesian gila kt anak yg bru umo 5 tahun ni..

~babah kan penat..biar la babah tdo..zara kn pandai buat sendiri..tp mama promise nnt jgn beli lagi roti bunga hijau ye..

"Okey zara, mama promise"aku terus peluk badan yg kuruih tu..kesian anak mama.. 

Lps tu mama kutip plastik roti yg dah 5 hari expired atas meja.. Masa nk buang plastik tu, aku nmpk roti berkulat hijau bersapu Nutella dalam tong sampah..




Saturday, 1 June 2013

pride and joy

hari ni pada aku antara hari yang mencatat sejarah dalam hidup zara.

minggu lepas aku di wassap oleh nana producer johara pagi era. suruh aku datang jumpa dia bawak ipad. mula3 aku ingat dia nak tanya pasal co trip dan rooming. so lps aku kautim keje aku, aku lalu kat depan studio dia.

"babe, ko check jadual zara dalam ipad kau tu, jumaat depan zara free tak?"

aku agak kompius dengar soalan tu, sebab tiba-tiba dia tanya pasal zara.

~ banyak la kau ada jadual bagai si zara tu..

"xlaaa...anak kau tu kan diva, mana tau kalau bz pulak nak jugak kena check schedule dia.."

~ hoh!!!hahahha...nape sebenarnya babe?

"next week Sabtu 1 Jun hari kanak-kanak antarabangsa, kitorang ingat nak jemput zara dengan sorang lagi boy on air dengan johara." nana terus cakap camtu.

(Hari Kanak-kanak Antarabangsa disambut pada 1 Jun setiap tahun manakala Hari Kanak-kanak Universal pula pada 20 November. Di Malaysia, kita meraikannya Sabtu ketiga setiap Oktober. Di negara lain, mereka menyambutnya pada tarikh berbeza mengikut kesesuaian masing-masing - sumber internet)

kebetulan cuti sekolah, aku on je ngan projek dia.

so hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. zara aku kejutkan kul 6 pagi. siapkan cepat3 sebab nak kena sampai studio kul 6.30 pagi..sampai kat astro, ada masa dalam 15 minit untuk zara dan sorang budak lagi on air. masa ni johan hanif ngan ray berborak dengan dorang jap. elok je kul 7, nana minta dorang masuk dalam konti era. tapi zara minta mama tunggu kat luar. dia x bagi mama temankan dia kat dalam. mula3 dia mintak maksu temankan..tp lepas dah okay dalam 20 minit kat dalam tu, maksu pun kena keluar.

zara cam segan3 nak berborak, sebab mmg dia peminat setia jozan. so jumpa uncle johan mungkin buat dia rasa excited kat dalam tu, tapi dia mampu berkomunikasi dengan baik. yakin dengan diri dan tidak lepas laku. dia menjaga bahasa ketika menjawab soalan dorang..(lps tu bila maksu tanya kenapa dia xnak bergurau ngan dorang, dia kata takut nanti dorang marah..). mungkin sebab dia belum 'panas' dengan trio johara. kalau dh kenal lama siket, merapu jugak aku rasa.

dalam usia 5 tahun dulu aku menangis masa mak tinggal kat sekolah. aku menyorok kat belakang mak kalau jumpak orang yang aku xkenal. aku jugak menangis dua minggu pertama masa masuk hostel form 1. so bila zara 'on air' kat radio no 1 di msia dengan konfiden masa umo 5 tahun ni mestila sikit sebanyak aku bangga.

sori la kalau korang kata aku melebih3. bukan aku nak riak ke apa, aku bangga je. sebab aku rasa pengalaman ni boleh membentuk keyakinan diri dan public speaking dia. aku jugak x sangka di boleh belasah lawan pantun dua kerat merapu tu dengan johan. not bad kan?hahahaha...

so kat sini aku share video dia di konti yang upload oleh erafm di youtube.



dan kat sini boleh tgk gambar-gambar zara di konti


http://goo.gl/TlZ3e










Sunday, 26 May 2013

kisah aku dia dan kamu (jujur#4)

Kelmarin aku masuk ofis pagi3, sebab aku kena handle input utk presentation co trip. dah dkt sebulan aku and the gang kalut pasal ni. Elok habis election aku bz pasal ni pulak. banyak gak benda lain yang tertangguh sebab sibuk punya pasal. best buddy aku ajak p redang pun xsempat sebab ni. Lepas aku check form, aku singgah kat meja WY untuk discuss merchandise. lps tu aku p kat ZC nak confirmkan semua gambar nominees dah masuk web.

Dalam kul 9.15am townhall start, settle dalam masa setengah jam. semua smooth alhamdulillah.dannn semua staff dapat breakfast free ari tu, yeayyyyy...

aku biar dorang makan dulu, sbb aku kira tuan rumahkan, hahaha..dalam dok tengok orang beratoq aku kena sergah dengan si Zakwan Jamil..dia bru masuk keja haritu..mentang3 cuti dkt seminggu p pulau, tinggal bijik mata je nampak..kulit gelap macam dah nak hangus aku tgk.

Lps breakfast free tu dia ajak aku turun, teman dia smoke. tapi aku xsempat sebab ada dua tiga benda nak settle. Habis je benda settle, bru kul 10.40am, official keje aku start kul 11am. Sempat lagi nk turun p cafe. Kami singgah kat fishtank, ajak Wati Cangkung skali.

Wati yang x sempat breakfast terus pegi cari food. Aku tunggu kat meja sementara Zakwan beli air..Lepas dua tiga langkah baru dia jerit,

~ "woi nak minum apa?"

Aku pun jerit balik apa yang aku nak minum sambil terus duduk tunggu kat meja. Lama aku tgk si Zakwan dok memusing kat fridge air tu. Pi balik - p balik dua tiga kali. Aku ingat dia pun nak beli something to eat, aku biar je laa..

Bila sampai je terus dia hulur air jus mangga dalam kotak kat aku. dia minum nescafe tin.

"air aku nak xde ke?"

~ tu je yang ada...

Aku biar je dulu air tu sambil borak dengan Honey, yang singgah kat table kitorang. Lepas tu aku tgk ada orang lalu sambil bawak air yang aku suruh Zakwan beli tadi.

"apsal budak tu beli ada air tu beb, dorang baru refill kut..aku nak tukar air laa.."

~ mana ada beb, aku dah pusing tengok banyak kali dah mana ada air tu tadi..

Tak puas ati, aku bangun jenguk kat tempat jus tu..

"Laaa, kan banyak tu.."

Sambil berkerut kening si Zakwan jawab

~ ada ke? sebelum ni aku tak pernah pulak perasan ada jus mangga dalam tin...yang aku tau mango kotak ada laa... - konfiden menegakkan pendapat dia!!!

Aku pandang lama-lama muka Zakwan, nak gelak ke nangis aku pun xtau..pelan-pelan aku bangun terus p tukar air yang aku nak.

Bila sampai kat table, dua-dua gelak macam nak gila tengok jus MANGOSTEEN kat tangan aku... hahahahahahhahahahahahahahahah


Tuesday, 21 May 2013

Doa jawab exam

Minggu ni anakanda zara ada exam kt tabika dia.. dah sebulan pengetua, cikgu dgn ustazah dia akan pesan kt sapa3 je yg antar zara p school tiap3 pg..sbb dorg risau budak tu selalu ponteng..(uhuk3)

Pg td mama siapkan air mandian..masuk bilik, dua kali panggil zara dah bangun..terpisat3 cuba bukak mata.. merangkak pelan3 turun dr katil..mama pegang tangan bawak p mandi..sambil siram badan mama pesan, nnt leklok jwb exam, ingat balik apa yg cikgu ajar, jangan kelam kabut..zara mengangguk je terkebil3..

Lps siap mandi mama kejutkan maksu suruh siap nk antar zara p school..sambil pakai baju mama ckp babah antar wassap pg3 sblm ke offshore sbb hp xleh bwk..babah pesan suruh zara baca bismillah sebelum jawab exam..jgn lupa baca doa..

"ok nnt zara baca bismillah..tp mcm doa nk jawab exam ma??"

- iskkk zara xtau ke?kt school ustazah x ajar?

"xde ma, ustazah ngn cikgu wai tak ajar pun.."

Sambil bgn ambik sikat mama ckp - klu nk ajar skrg nnt zara lupa.. hari ni zara doa bahasa melayu je dulu bg zara boleh jwb exam ye..

"Zara nk bg dapat seratus exam ni ma..,"

- ok, clever girl..zara doa mcm tu je nanti tau..

Dah siap sume mama hantar zara kt pintu, salam cium tgn hug and kisses segala bagai..hilang je zara dr pandangan terus mama bukak internet..


cr mr google untuk tanya cemana doa nk amek exam!!!!

Monday, 29 April 2013

zara oh zara...

si zara buat homework dibantu oleh Alah sebagai tutor.

Alah : tulis elok3 tau sampai habis

Zara : alah, tgk ni dah siap...

Alah : haaa mcm tu laaa...bagus betul 'dia ni.. '

Zara : haihhh alah ni, nama saya bukan Danny!!!!

Saturday, 16 March 2013

saja...

cam lama tak tengok blog ni..mesti ada yang rindu..hehehe, sebab x tulis pun ada gak yang check kannn..heheheh perasannnnnnnnnn....

sebenarnya mrspider balik sini since 1hb Mac aritu..jadi selain zara yang berkepit ngn babah dia, mama pun siap amek cuti seminggu..xde aktiviti sgt kitorang, cuma balik kampung sekejap..lepak kat bukit merah lake town dan balik kl semula.

ada few things sebenarnya nak share, tapi nnt la ek..mood nak menulis belum mai sangat ni...kebetulan terdengar lagu ni, pun bolehhhh korang nak layan....sebab zara pun dok menyanyi..hahahaha...

bye, jumpa nanti..


Thursday, 28 February 2013

kenapa jambatan runtuh...

KRONOLOGI LONDON PUTRAJAYA BRIDGE IS FALLING DOWN



kira-kira jam 2.30 pm lepas lunch, anak-anak rasaksa ini terlepas..dorang bermain3 kat sini..selepas bertepuk bertampo, tamparan tu terkena jambatan...


opssss






dorang opss, dosaksa tu lari sbb otomen datang..nasib baik bapak dorang dosaksa tu dtg tolong lawan dengan otomen yang marah sbb dia kena bersihkan jambatan runtuh..






Lepas berlawan, (mesti tau la sapa menang...) so otomen bertukar semula jadi manusia yang kena pikir cemana nak buat ngan jambatan ni..(nampak tak yang pakai baju oren kek bawah tu???


Dan dalam citer tamil melayu, cina, tamil dan hindi mesti polis akan datang last skali...



Sekian....

ps : terima kasih kepada semua penyumbang gambo..hehehe

Saturday, 16 February 2013

kehilangan #2

tengahari semalam seorang sahabat, liza memaklumkan adiknya nana kritikal di HKL, selepas tiba2 rebah dan jantungnya berhenti berdegup. semua sahabat2 lain terus dimaklumkan mengenai keadaan adiknya, ibu muda berusia 31 tahun. whatsapp, fb chat dan bbm bertali arus mendoakan kesihatan nana.

Namun janji Allah lebih pasti, kerana petang tu liza menghantar whatsapp ke group kami..

adik aku meninggal..

dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang.

jangan membayangkan perasaan liza sekeluarga, kerana sesiapa yang tidak ada pengalaman kehilangan saudara di usia muda pasti tak akan tahu perasaan itu. hampir 15 tahun dulu aku lalui pengalaman sama (boleh baca disini ) aku lebih tersentuh mengenangkan tiga anak2 kecil nana yang kehilangan kasih sayang ibu mereka di usia yang sangat muda..

buat sahabatku, aku hanya mampu berdoa semoga seisi keluargamu redha dengan ujian ini. dari pengalaman aku, kehilangan abang membuatkan aku lebih menghargai semua ikatan, samada kekeluargaan dan teman-teman di sekeliling aku.

Alfatihah.




kehilangan #1

fuhhh, dah berhabuk x berjengah lebih sebulan..kenapa?apa lagi kalau bukan sebab penyakit 'm'..

hari ni aku nak kongsi kisah kehilangan yang tidak disangka-sangka.

tengah malam rabu lepas, aku dapat berita adik iparku kehilangan bayinya yang baru berusia 5 hari...bayi lelaki bernama ahmad hushrau itu tak sempat aku tatap. kerana sebaik mendapat berita adik iparku melahirkan, kandungannya hanya berusia 6 bulan. bila aku bergegas ke ipoh, ahmad telah dimasukkan ke NICU. hanya ibu bapa sahaja dibenarkan melihatnya.

berdasarkan perbualan, keadaan kesihatan bayi seberat 855 gram itu agak meyakinkan..aku tau dia seorang pejuang, kerana mampu bertahan di dalam balang kaca tanpa dapat dibelai oleh ummi dan ayahnya. melihat gambaq sikecik tu dalam hp umminya, aku segera merasakan ikatan. ahmad merupakan anak ketiga, selepas dua kakaknya. satu persamaan dengan aku yang juga anak ketiga selepas dua abang..tak sabar nk tunggu dia kuar spital.

aku balik selama, lepas tu singgah menikmati masakan bonda mertua sebelum gerak ke kl dengan lapang dada. selepas dua hari berlalu, sms yang aku terima meremukkan hati, bukan saja aku malah aku percaya hati semua ibu.

mak pb ~ baby kirah meninggal

sebaik membaca sms tu aku terus mendail nombor emak, bertanya segala detail. lepas tu aku mencari satu nombor hp. ku tarik nafas dalam2 sebelum memberi salam..sayu je salam aku bersambut..terus aku blank.. sejujurnya aku tak tau apa yang patut aku tuturkan untuk menenangkan sang ibu yang berduka coz the death of a loved one is one of life's most difficult experiences, apatah lagi jika anak yang meninggalkan ibu dan bapa.

"kirah kat spital lagi?" soalan tu aku rasa macam tak bernas sangat sebenarnya..

~ haah, tgh tunggu dorang bagi bawak balik.

"kirah ok?" satu lagi soalan tak patut aku tanya!!!dan jawapannya hanya tangisan di hujung talian (walaupun hp xguna tali, aku xtau apsal aku tulis camni)

dan sebagai spesis yang banyak bercakap, jelas aku kehilangan kata-kata untuk bersuara ketika itu..apa yang mampu, aku cuma boleh meminta kirah bersabar sebelum menamatkan perbualan.

buat adinda nor shakirah dan suaminya ahmad fathiyakan, Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. sesungguhnya ahmad hushrau telah mempunyai tempat terbaik disisi yang maha Esa. alfatihah..

Friday, 11 January 2013

alasan...

pagi tadi masa kejutkan zara nak pergi school, cepat je dia jawab

"mama, zara demam..badan zara ni panas..zara x larat.."

bila aku letak tangan di dahi, yang terasa cuma sejuk suhu aircond kat dahi budak tu..

~ hmmmm, hari ni kan ke ada birthday party kat school, zara xnak pergi ke???

"tapi zara tak larat ni, nanti la kita beli kek ye.. boleh tak babah?" tiba-tiba zara beralih kat mr spider yang tengah tengok tv di sebelah dia..

hai la anak..cakap je tak nak school sebab nak duduk ngan babah....hahahaha..


thanks zara...

sepanjang mr spider x ada kat rumah ni, aku ngan zara selalunya ditemani maksu dia, dan alah (kawan maksu) yang berulang dari uia...tapi ada beberapa kali kami berdua je..aktiviti malam selalunya zara akan tgk upin ipin kat youtube, atau lagu-lagu pilihan dia sendiri...mama just layan tv..

hari tu, jam belum pun pukul 10, tapi aku berapa kali dah menguap... bila ajak zara tido dia kata belum mengantuk..sambil berbaring tgk tv kat sofa, ntah mcm mana aku terlena.. (errr, klu dah mengantuk pastu berbaring, apa nak ntah macamana lagi plak kaaannn)

"mamaaaa, bangun mama..jom tdo dalam bilik..."
sayup sayup dengar suara zara panggil aku bangun..mata rasa x boleh bukak..
aku gagahkan juga berdiri bila zara pulun dok tarik tangan ngan baju aku suruh bangun..(aku yakin kalau dia harus mengerah seluruh kederat untuk tarik aku bangun dengan badan seberat 16 kilogram tu, mama tetap xbergerak..)

dalam mamai2 tu aku perasan rumah dah gelap.. tv dan lampu hall dah off..aku ikut je bila budak 4 tahun 1/2 heret ke bilik...berbalam2 nampak jam kat decoder astro kul 12.38

sampai kat katil aku terus dummmm...xtutup lampu pun aku tdo xsedar apa..bantal ke mana selimut ke mana..anak???xsempat nak fikir aku dah lena..

esoknya aku sedar bila alarm hp berbunyi..

aku berselimut rapi, hp yang semalam aku charge kat depan ada tepi bantal..aircond on macam selalu dan pintu bilik tertutup siap berkunci..aku tengok zara mengerekot kat sebelah...dia siap berdiaper, sebab aku x sempat bawak dia ke toiletpun malam tadi..(lampu toilet plak xpasang, xkan dia berani nak pergi sendiri..) dan sebab takut mama marah, mesti dia xnak terkucil atas tilam masa tdo malam..

bila aku ingat2 balik, terasa2 ada tangan kecil menarik2 selimut untuk diselit keliling badan aku malam tadi, bukan aku bermimpi..aku tengok ada kerusi kecik kat tepi almari dekat suis lampu, maknanya lampu bilik zara yang offkan..

aku rasa sangat terharu...sangatttt... sebab pertama, dalam hidup aku sejak dulu mmg aku paling suka kalau aku tertido ada yang tolong selimutkan, rasa sangat disayangi (cehhhh!!!tapi betul mmg kenyataan tauuuu)....kedua, betapa anak kecik ni pandai berdikari...

aku sangat bersyukur..thanks dear, luv you...zara aku peluk lepas reset alarm lagi setengah jam..!!