Saturday, 1 June 2013

pride and joy

hari ni pada aku antara hari yang mencatat sejarah dalam hidup zara.

minggu lepas aku di wassap oleh nana producer johara pagi era. suruh aku datang jumpa dia bawak ipad. mula3 aku ingat dia nak tanya pasal co trip dan rooming. so lps aku kautim keje aku, aku lalu kat depan studio dia.

"babe, ko check jadual zara dalam ipad kau tu, jumaat depan zara free tak?"

aku agak kompius dengar soalan tu, sebab tiba-tiba dia tanya pasal zara.

~ banyak la kau ada jadual bagai si zara tu..

"xlaaa...anak kau tu kan diva, mana tau kalau bz pulak nak jugak kena check schedule dia.."

~ hoh!!!hahahha...nape sebenarnya babe?

"next week Sabtu 1 Jun hari kanak-kanak antarabangsa, kitorang ingat nak jemput zara dengan sorang lagi boy on air dengan johara." nana terus cakap camtu.

(Hari Kanak-kanak Antarabangsa disambut pada 1 Jun setiap tahun manakala Hari Kanak-kanak Universal pula pada 20 November. Di Malaysia, kita meraikannya Sabtu ketiga setiap Oktober. Di negara lain, mereka menyambutnya pada tarikh berbeza mengikut kesesuaian masing-masing - sumber internet)

kebetulan cuti sekolah, aku on je ngan projek dia.

so hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. zara aku kejutkan kul 6 pagi. siapkan cepat3 sebab nak kena sampai studio kul 6.30 pagi..sampai kat astro, ada masa dalam 15 minit untuk zara dan sorang budak lagi on air. masa ni johan hanif ngan ray berborak dengan dorang jap. elok je kul 7, nana minta dorang masuk dalam konti era. tapi zara minta mama tunggu kat luar. dia x bagi mama temankan dia kat dalam. mula3 dia mintak maksu temankan..tp lepas dah okay dalam 20 minit kat dalam tu, maksu pun kena keluar.

zara cam segan3 nak berborak, sebab mmg dia peminat setia jozan. so jumpa uncle johan mungkin buat dia rasa excited kat dalam tu, tapi dia mampu berkomunikasi dengan baik. yakin dengan diri dan tidak lepas laku. dia menjaga bahasa ketika menjawab soalan dorang..(lps tu bila maksu tanya kenapa dia xnak bergurau ngan dorang, dia kata takut nanti dorang marah..). mungkin sebab dia belum 'panas' dengan trio johara. kalau dh kenal lama siket, merapu jugak aku rasa.

dalam usia 5 tahun dulu aku menangis masa mak tinggal kat sekolah. aku menyorok kat belakang mak kalau jumpak orang yang aku xkenal. aku jugak menangis dua minggu pertama masa masuk hostel form 1. so bila zara 'on air' kat radio no 1 di msia dengan konfiden masa umo 5 tahun ni mestila sikit sebanyak aku bangga.

sori la kalau korang kata aku melebih3. bukan aku nak riak ke apa, aku bangga je. sebab aku rasa pengalaman ni boleh membentuk keyakinan diri dan public speaking dia. aku jugak x sangka di boleh belasah lawan pantun dua kerat merapu tu dengan johan. not bad kan?hahahaha...

so kat sini aku share video dia di konti yang upload oleh erafm di youtube.



dan kat sini boleh tgk gambar-gambar zara di konti


http://goo.gl/TlZ3e










No comments:

Post a Comment