Monday, 31 December 2012

erkkkkk #2

balik rumah hari tu aku panaskan left over dlm fridge untuk dinner..zara datang dapur tanya...

"mama masak ke?yeayyyy best nyeee..."

~ xla, mama panaskan gravy ni je..nanti kita makan dengan roti nnt ye..

"mama masak roti apa?" zara tanya..

~ ni mama buat garlic bread je...nnt kita makan cicah dengan gravy ok??

"mama pandai buat roti canai macam india kedai tu tak?" haihhhh budak ni...

~ tak pandai laaa, mama belum belajar dengan tok.. aku bagi alasan

"mama tau buat roti Italy??"

~mana la mama tau..roti Italy tu roti apa, zara tau ke??

"mama ni, roti Italy tu buat macam ni, macam pizza " kata budak sambil menebar3 tangan ke atas siap menggayakan caranya..

~ waa pandainya zara..siapa ajar zara buat macam tu??

jawapan zara lepas tu buat aku terkedu lagi...

"mama cuba buka youtube maaa...macam-macam dia ajar kat situ.."


Saturday, 29 December 2012

mampu ke bertahan?



aku balik cepat dr keje hari ni, sebab adik bgtau badan zara panas... sampai rumah aku terus bagi ubat, lepas tu mintak tolong maksu mandikan dia..

basahkan kepala...bagi hilang panas badan..lepas mandi, elok telefon berbunyi...

aku amek hp, bgtau kat mr spider anak demam..(baru je babah keje kat sana sebulan, dua kali dah zara demam..)

lepas tu terus kasik hp kat budak..

~ni babah call cakap dengan zara..

zara datang dekat lepas habis berborak bercerita ntah apa dengan babah, aku plak sambung hapdet sume maklumat dan info terkini kami untuk hari ni dekat mr spider lagi, setakat jam 2 petang tadi (perghhhm mcm hapdet news kannn hehehe)

lepas tu aku siap-siap nk mandi..zara bukak mulut...

"kenapa babah work kat sarawak?" soalan sama yang ke berapa puluh ratus kali aku dengar bulan ni...

~ Babah kena work jauh sebab nk cari duit lebih kasi zara nanti..jawapan selamat yang sama aku balas sambil himpun kain baju nak basuh sendiri nak hantar dobi (tak baik tipu, kannn uhuk3)

"tapi zara rindu babah...bila babah nak balik??" sambil mata bulat tu terkelip3 pandang aku...kesiannn

~ kan nanti lagi dua minggu babah balik, kita jumpa la babah nanti...ok? nahhh.... zara amek syiling ni pergi masuk dalam tabung... aku cuba tukar topik sambil kasik beberapa keping duit syiling dari kocek jeans..

keletap-keletap tapak lebar zara melangkah malas ke depan..maksu dah balik uia..so tinggal aku ngn zara je la kat umah..tok balik Selama pagi tadi..

Lepas aku siap mandi, bru nak duduk tengok tv, zara mengendeng...

"mama...nah amek bekas ni..." budak tu tersengih sengih...




~ ada apa ni?bekas apa? aku tanya acuh tak acuh (apsal la aku always take her for granted.. sorry tauuu!!!)

"dalam ni ada banyak duit DUA PULUH DUA PULUH...mama kasik la kat babah nanti...."

dengan agak musykil aku pun bukak...dalam tu semua duit 20 sen...




aku dengar zara cakap yang membuatkan mata aku bergenang....

"nanti duit dua puluh dua puluh zara ni mama kasik kat babah.. babah jadi la banyak duit, tak payah la babah kena work kat sarawak cari duit lagi..zara tak nak pun duit banyak-banyak dalam tabung ni.."


zara oh zara...

teet teet....

hp depan pc aku berbunyi

ada wassap masuk  - roha iph

"kenapa mama suka tinggal zara? zara nak pergi sekolah..cepat cepat.."

anak menghantar wassap guna hp maksu dengan nada x puas hati, beserta segala macam bentuk icon dia masukkan. ..aku keje pagi, kul 6 hari ni..

mama work, sorry..tapi sekarang sekolah cuti lagi, belum bukak.. hari rabu nanti mama hantar ye...  aku balas...

"tanaknaksekolahjugak" dah ayat yang dihantar xde space...

tapi sekolah belum bukak lagi.. aku try pujuk jugak

"Yeke?" pendek tanya zara

Ye betul, zara cuba tanya tok atau maksu...aku cari sokongan

"Tok takde maksu ada..."

kalau macam tu zara tanya maksu ok?

"kalau tok takde maksu saja ada
yelanaktanyasiapalagi kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..." bila 'n' saja dah melangkau tiga baris tau la sinis sungguh balasan wassap dia..

*haihsabojelaaaa*








Saturday, 22 December 2012

selamat pengantin baru





hehehe, aku suka lagu ni masa zaman gila hindustan kat uitm dulu..dan aku respect sbb apex ngn tunang dia selamba je nyanyi untuk penuhi permintaan THR Gegar..xyah la kita jadi juri sangat nak komplen..pada aku sporting tu yang penting..

Thursday, 13 December 2012

zara rindu babah...


balik langkawi xsempat lg nk jengah blog..hahaha, lambat siang nk ada blog, konon banyak sangat nak tulis..bila dah malasss, hmmmppp hampeh..

tp malam ni aku teringin nak bagitau betapa suwit anakanda aku..dia rindukan babah, suruh aku call..pastu dia bawak hp aku kat PC, dia suruh babah dia dengar lagu ni kat youtube..mula3 aku xpeduli, tp lepas aku tgk lagu ni versi lirik, aku rasa sangat terharu...so babah, ini lagu untuk babah dari zara







dan ini zara taip sendiri..

hi babah zara nak kasi lagu ni dekat babah dengar lagu ni boleh? zara syg babah 


Wednesday, 5 December 2012

better person...



5th Dec..sejak minggu lepas aku dah bayangkan hari ni aku mesti sedih..tp lagi 10 minit sebelum jam 12 malam, kekasih hati yang jauh di mata dah call..mr. spider kata dia nak jadi org pertama yang wish..so aku rasa happy..sgt3 happy..rasa cam remaja bru bercinta semula..walaupun jauh di mata, aku tau aku dekat dihatinya, dan aku harap dia juga tau dirinya bertakhta dipuncak jiwa, namanya terukir di jauh di dasar hati dan cintanya bersemadi di setiap urat nadi..

semoga di hari ulangtahun kelahiran kali ini aku berubah menjadi seorang isteri yang lebih baik untuk dirinya..



luv u nyawe, gkk!!!

untuk teman, rakan dan keluarga..terima kasih kerana memilih untuk terus bersama saya..

i don't have regrets, there are only lessons.. i learn from them and i become a better person..




Monday, 3 December 2012

ehem3...

setelah beberapa kali pertemuan, harini baru aku berkesempatan nak bergambo berdua dengan lelaki singapura idaman malaya ni..baru la lengkap gambo aku dengan ain, bila aku ada gambo dengan adam..



so kepada sesiapa yang minat dengan abam aaron nie, boleh le download gmbor neh, pastu guna kreativiti sendiri nak buang gambo ai letak gmbor sendiri ye..che bagi izin..heheheh


Friday, 30 November 2012

kisah aku dia dan kamu (jujur #3)

hari tu lps settle keje aku tweet kawan aku jamil sepie,

"kete parking mana weh?"
~ belakang, dia balas tweet aku..

"jom aku antar, tunggu kat lif.."

tu antara rutin aku, antar kwn3 parking kat belakang building opis aku ni..kira berpeluh gak laa kalau nak jalan sampai depan..aku nk parking belakang mmg xlaa..tgk badan la beb..hahahah

sampai belakang, aku bagi satu cdgn bernas yang xboleh direject

"makan jommm, bawah pokok.." (lokasi ialah restoran tomyam fav aku, family dan kwn3)

dia jawab "boleh, tp aku kena amek duit dulu ni..aku ada brapa hengget je.."

konfiden aku balas ~ iskkk, xyah...aku pun ada brapa blas hengget je ni...kita makan biasa3 je..

"ok la camtu..jumpa kat sana.."

sampai je kitorang order...

jamil sepie "kerang ada?"
"kerang habis la..." budak tu jawab..

"ko order laa, aku nk paprik campur" dia kata..

~ dik, kasi ayam kunyit satu, tomyam campur, paprik campur, telur dadar, sambal ye..nasik dua, air teh ais, teh o ais...hmmm, tapau kat hubby aku skali laa, errr pastu tolong bungkus nasik goreng daging merah satu..

lepas je budak tu blah, jamil sepie bisik kat aku "wei, kata nak makan biasa-biasa je.."

~ lerrr, biasa la ni...aku bukan order ikan steam ke ikan tiga rasa...

sampai je makanan, mcm biasa aku ngn dia dah tak tengok kiri kanan..

dah licin sume, sambil capai kotak rokok jamil sepie tanya "agak3 cukup ke duit kita weh?? duit aku dalam kete ada la dua tiga hengget lagi.."

cukup kottt..(tiba3 aku dah cuak..tp aku buat rileks je depan dia..)

~ dik kira, aku panggil budak pelayan negara jiran tu...
"bayar depan kat kaunter kak.." budak tu jawab..

"semua RM27.80"

Aku kuarkan duit dari poket, ada 13 hengget, jamil sepie hulor RM10.. dalam senyum kelat dia kata, jap aku amek duit kat keta..

~ jap ye tokey, duit tinggal dalam keta, aku berdalih...(nak tanya boleh guna credit card kang kena penampo plak...)

masa tunggu dpn kaunter tu, aku buat3 busy dgn hp sementara tunggu dia datang..tiba3 aku teringat ada sampul duit raya yang belum dibukak dalam henbek..aku ketepi sikit, agak3 orang xperasan aku koyak sampul kuarkan..ada 3 ringgit duit singgit baru..aku korek3, ada syiling dalam dua ringgit kat semua celah3 yang ada...

terus aku hulor duit tu kat cashier ~ err, cukup kan, lambat la nk tunggu dia datang..

elok settle, jamil sepie datang dengan 2-3 ringgit di tangan...skali lg dgn muka cuak dia kata, ni je duit yang ada dlm kete..

Aku bagitau ~ dah settle, tapi bak sini laa duit tu...

"ko nak buat apa?kata dah setel?"

~ dik, tapau teh ais satu!!!







semoga esok lebih baik..

mama, hari ni babah balik pukul berapa? dah lama zara xjumpa babah..
td zara tanya cenggitu..haihhh kesian pulak aku dengar..
tu bru tiga hari babah pegi..nasib baek la nak antar tok balik kg sebab kenduri aiman..so kul 9.30malam aku, roha ngn zara kuaq p pudu..

lps anto mak aku pusing3 kl, singgah sitibeng, pegi rhbeng settle bayo apa yang patut..lama3 anak ttdo dalam keta...dh dkt kul 12 bru sampai umah..aku dukung naik tdo dlm bilik..so selamat la utk malam ni..

Tuesday, 27 November 2012

aku relakan kau pergi..

perghhh...tajuk macam novel yang bakal dibuat drama bersiri ala2 adam dan hawa kan?? huhu, kalau aku ni rajin menulis, boleh dapat 120 episod ni..hehehe, tp aku just nak share apa yang aku rasa hari ni bila en suami takde lagi disisi..

last week hubby dpt offer ke miri, untuk jawatan baru. memang sejak dulu dia berminat nk keje offshore, jd peluang yg dtg takkan pulak nk ditolak..masa dibagitau offer tu, aku steady..tumpang bangga dengan beliau dia...kwn3 byk yang ckap, boleh ke aku jauh dengan husband..tapi aku kan jiwa kental, kakak kawasan..xkan le nak layan jiwang segala bagai..aku rasa aku mesti ok..tambah pula lepas kawen dulu aku keje kl, dia keje kat penang..lebih setahun berulang, baru mr spider datang kl selepas kehadiran zara..aku cuma risau zara je..xpernah jauh dengan babah..

masa yang diberi sgt singkat, xsempat hubby nak balik jumpa his mom pun sebelum fly, tp my MIL dah bagi doa restu..sebab masa yang pendek, group dorang nak pergi hari isnin, terpaksa berlepas selasa..sebab isnin semua flight ke miri penuh walaupun dorg masuk dalam waiting list..

Pagi td jam 7.15am terbang la mr spider ke sarawak..kelam kabut dgn cuti sekolah, orang ramai gila xsempat kami berdua melayan perasaan dah dia kena boarding..hilang je babah zara dr pandangan, buat pertama kali aku rasa kaki aku x lepas melangkah  untuk keluaq dr LCCT..lama aku ngan zara duduk kat kerusi tu..aku xtau apa yang aku menungkan, zara setia kat situ menunggu..bila jam dah pukul 8pagi baru zara cakap "mama zara lapar.." aku ajak dia bekfas dulu sblm balik..zara tertidur dalam kereta..aku drive entah macamana..sedar3 dah sampai rumah..

naik bersiap nk pegi keje..mr spider dh call bgtau selamat sampai jam 10 pg..lepas antar zara aku p work..jam 11.30 hubby call, jam 3 ptg pun dia call...aku lega semua smooth untuk dia..kul 7 aku balik tgh hujan lebat..amek zara, terus naik rumah.. ada satu rasa yang xdapat aku ceritakan..rasa kosong..dan ada seolah3 bunyi berdesing di telinga yang menggelamkan semua bunyi bising lain..sampai rumah, dah xdak kekasih hati yang selalu setia menanti..xdak juga senyuman yang selalu aku tunggu saat aku membukak pintu..xdak gurauan babah menanti di balik pintu nak kejutkan zara..sebagaimana aku, zara lebih sedih..ntah dok bbm ngn sapa meluahkan rasa..ujan yang turun sejak petang tadi menambah rasa sayu..rumah kecil kami rasa sunyi, sesunyi hati kami..last3 kami berdua masuk bilik, bukak tv dan tenggelam dalam aktiviti sendiri..bagi aku, malam ni ibarat sebelah diri aku yang pergi..



Monday, 19 November 2012

Thursday, 15 November 2012

satu perkongsian rasa...




one lie leads to another lie

by so called reputable people, we so often are misled
  and one lie leads to another lie as we often have heard said
    and to cover up for one lie, another lie you must tell..
      this a thorny path to heaven but an easy path to hell...

one lie leads to another lie, that always in the case
    your first lie for deception and your second to save face
      when you are faced with the truth, the truth you will deny..
        and to lie to you comes easy, so you tell another lie..

one lie leads to another lie if what you say is untrue
   then another lie you must tell and your lies wont stop at two..
       but the truth of guilt will free you though the truth can be hard to speak
         and to lie is always easy and this easy to be weak...

one lie leads to another lie and more lies that will lead
    and to cover for the lies you've already told a good memory you need
       and though the truth at times is hard to speak, the truth will serve you best
           for the truth will always ring true in a lie detector test...

                                                                 ~ francis duggan










Wednesday, 14 November 2012

under run an hour..lawak orang radio





hari ni THR Gegar menerima kunjungan pelakon Nadiya Nissa heroin drama bersiri yang meletop kat astro..tapi aku xsempat nak follow pun siri tu..sebab banyak sangat citer tamil yang aku kena tengok..hahaha





so aku p amek gambar dengan ain (nama dalam siri tu)..dan aku ckp awal3 aku xtgk dia dalam adam dan hawa..dia tanya habis tu cemana aku kenal dia..aku cakap aku tgk dia dalam filem Cun..

lps amek gambar, my editor bgtau dia pun nampak nadiya tadi... she ask who is ain hawani, azaari (CM Gegar) told "heroine in adam and hawa" mata dia terus bulat dan bertanya "hoh?thr is underrun an hour??"

 hahahaha

Tuesday, 13 November 2012

erkkk # 1 maafkan saya cikgu..

"mamaaaa... zara nak shishi..."
~ cepat go toilet...
"mamaaaa dah siap, tolong cuci.."
~ okey mama datang...


when entering the toilet, zara tanya...

"mama..dulu mama pergi school x macam zara??"
~ pergi la, semua orang kena pergi school..

"mama tahu tak masuk toilet kena guna kaki kiri??kaki kanan kalau masuk masjid..cikgu mama ada ajar tak??"

happy diwali 2012


                              


untuk tontonan petang3 sambil layan 

                                                   


silalah dengar lagu ini...

 


happy tapi p bagi link lagu sedih???hehehe, antara sebab wa minat surya adalah sebab watak dalam citer ni..best gila layan filem ni..sapa nk cari, tajuk dia Vaaranam Aayiram (thousand elephants) dalam cite ni xde sekor gajah pun sebenarnye..mungkin kiasan mengenai kekuatan jiwa kut..aku agak le..