Tuesday, 10 June 2014

berlumut dahhh

tudia aihhhhh biaq betui dah bersawang huhuhu..maapkan saya kerana terleka..dengan ini saya berjanji akan menulis dengan lebih lagi..

Wednesday, 9 October 2013

Untuk kamu...

beberapa tahun dulu, aku terbaca satu blog yg sgt dekat dgn aku..penulisnya baru setahun menulis..sejak tu aku xpernah miss menjengah penulisan budak ni menerusi blog yg dinamakan 'itu blog dia' hehehhe...sampai bila xde entry baru aku rasa macam nak je aku ketuk umah dia tanya weh budak, kenapa x hapdet bloggggg!!!! aku time tu cuma ada few blog yg aku ikut, dan aku xsure apasal budak ingusan ni ( nah tisu..) berjaya menarik minat aku nk baca setiap entry dia..sampai aku baca balik older post yg aku missed dulu..

Aku terus ikut blog dia sampai p order kek ngn kuih kat mama dia..time p amek terjenguk3 intai ada ke budak ni..tp xpernah jumpa time tu sbb dia study kt Johor..aku juga baca plak blog mama dia skali, dan rasa dia lebih dekat di hati..apa yg membanggakan ialah slps setahun lbh aku jd silent reader, sbb mmg aku bca diam3..(xkn nk jerit plak masa baca kannn) budak ni muncul jd carian terpantas Google untuk tahun 2010..gila baq ang, kalah ct nurhaliza time tu!!!

Keja aku ni yg dekat dgn artis dan menteri tak pernah menyebabkan aku peduli dengan selebriti..cuma sejak ada insta ni aku rajin amek gmbr untuk kawan3 (pirahhhhh hahaha)..aku cuma teringin nak jumpa dia sekali, nak cakap aku suka baca blog dia..dan aku suka dengan cara dia berfikir..sampai aku nak anak aku jd sebijak dia, dean list kot!!!

Aku pernah nak cancel plan tour Europe yang dah dua tahun dirancang sbb kwn3 x jd pergi atas sebab peribadi..tp baca balik entri dia pergi sorang3 xyah nak tunggu kawan laa..why not aku pergi dan cari kawan baru, aku pujuk ati..so I went, dan tu jadi antara pengalaman berharga yg x akan aku lupa..

Dari tahun ke tahun, dia beralih dari model kepada pelakon..dan jadi antara pengacara berwibawa..dan turut terpilih jadi wajah  astro..perghhhh....aku plak yang bangga, pada hal aku sapa??pembaca setia blog dia ja...hahahaha 

Awal tahun ni, ada satu press con astro yg aku pergi..rupa3 nya dia ada kat situ..aku ni yang pernah interview pembesar negara, masuk istana jumpa raja dan jumpa artis3 ternama xtau cemana kaki aku x lepas nak melangkah interview dia...hahahaha ni pengakuan yang aku x pernah nak cerita kat sapa3..last3 aku balik...aku xtau nak ketuk kepala sendiri ka, nak tampar muka sendiri ka atau nak kata lagu mana...

Sampai satu ketika bulan ramadhan lepas, dia ajak sesiapa yg berminat nak berbuka dengan dia..dan aku hubungi nombor yang tertera ( ayat skema hahaha )

Dan selepas itu lah, aku secara peribadi mengenali insan yang bernama Hanis Zalikha..

Sempena hari lahir che hari ini, akak doakan Allah merahmati dan melindungi dirimu tak kira di benua mana kamu berada..semoga dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan sepanjang usia..dilimpahi kejayaan dalam segala bidang yang diceburi, dijodohkan dengan pemuda yang baik budi pekerti serta dibukakanNya seluas-luas pintu rezeki..

Semoga che akan terus menjadi diri sendiri.. happy birthday dear 💝💐







Monday, 29 July 2013

roti bunga hijau..

Hehehe lama nya x menulis.. Byk citer tp xde masa... Masa ada masa, xde citer.. Camtu la lumrah idop ni..

Citer ni jd 3-4 bulan lps.. Aku mmg bz time tu sbb minggu pru13..ehh, aku dah tulis ke blom citer ni ntah??xkisah la sbb citer ni mesti aku ingat sampi bila3..so kalau aku pernah tulih pun korg baca le lagi ekk..

Minggu tu zara ikut babah blk kg utk mengundi.. Mama yg mmg x gemor masak dh beli stok mknan sblm dorg blk kg lg... Senang utk mkn sorg..

Lepas 4-5 hari balik le dua beranak kesayangan mama kat teratak kecik kitorg..smpi pun dh lewat mlm..so x sempat nak borak3 sgt.. Esoknya mama ada meeting, kna masuk awal la pulakk.. So mama pun gerak g office sendiri..

Balik ptg tu kitorg terus siap3 nk kuar dinner.. sambil3 tunggu babah siap, berborak la dgn budak zara..

"Td lunch zara kuar mkn x ngn babah?"

~ xpun, zara makan roti dgn Nutella je.,

"Babah pun mkn roti?"

~ tak babah x makan, babah penat pastu babah tdo je masa zara mkn..

"Habes tu sapa sapu Nutella kt roti zara?"

~ zara la sapu sendiri, zara kan dah besar

"Huihhh pandai sgt anak mama nih" aku puji dgn ikhlas hati..sambil3 aku jeling atas meja mkn..patut ada plastik kosong roti, Nutella dgn pisau jem kt situ..

~maa, roti dah habes, nnt mama beli
lg ok?

Aku iyakan saja..

~ tapi maa, nnt mama xyah la beli roti jenis baru, mama beli roti biasa je ye? Zara xsuka la roti baru tu..

"Roti baru?roti baru yg mna tu?" dlm hati aku mencongak3 bila aku beli roti jenis baru..selalu gardenia biasa je..

~kan roti baru mama beli ada bunga hijau..lain kali xyah beli roti ada bunga ye mama..

"Bunga hijau?" Aku makin confuse..

Terus mama bangun tengok plastik roti..

"Ya Allah, zara makan brapa keping?"

~ zara makan satu je, yg tu sedap..yang satu lagi zara dah letak Nutella, tp sbb ada bunga hijau tu x sedap..zara buang, mama x marah kan??

"Tak sayang, mama x marah..zara sakit perut x?muntah x?"

~xde la maa, mana ada..

" sorry ye zara..apsal zara x kejutkan babah nk mkn tadi?" aku rasa kesian gila kt anak yg bru umo 5 tahun ni..

~babah kan penat..biar la babah tdo..zara kn pandai buat sendiri..tp mama promise nnt jgn beli lagi roti bunga hijau ye..

"Okey zara, mama promise"aku terus peluk badan yg kuruih tu..kesian anak mama.. 

Lps tu mama kutip plastik roti yg dah 5 hari expired atas meja.. Masa nk buang plastik tu, aku nmpk roti berkulat hijau bersapu Nutella dalam tong sampah..




Saturday, 1 June 2013

pride and joy

hari ni pada aku antara hari yang mencatat sejarah dalam hidup zara.

minggu lepas aku di wassap oleh nana producer johara pagi era. suruh aku datang jumpa dia bawak ipad. mula3 aku ingat dia nak tanya pasal co trip dan rooming. so lps aku kautim keje aku, aku lalu kat depan studio dia.

"babe, ko check jadual zara dalam ipad kau tu, jumaat depan zara free tak?"

aku agak kompius dengar soalan tu, sebab tiba-tiba dia tanya pasal zara.

~ banyak la kau ada jadual bagai si zara tu..

"xlaaa...anak kau tu kan diva, mana tau kalau bz pulak nak jugak kena check schedule dia.."

~ hoh!!!hahahha...nape sebenarnya babe?

"next week Sabtu 1 Jun hari kanak-kanak antarabangsa, kitorang ingat nak jemput zara dengan sorang lagi boy on air dengan johara." nana terus cakap camtu.

(Hari Kanak-kanak Antarabangsa disambut pada 1 Jun setiap tahun manakala Hari Kanak-kanak Universal pula pada 20 November. Di Malaysia, kita meraikannya Sabtu ketiga setiap Oktober. Di negara lain, mereka menyambutnya pada tarikh berbeza mengikut kesesuaian masing-masing - sumber internet)

kebetulan cuti sekolah, aku on je ngan projek dia.

so hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. zara aku kejutkan kul 6 pagi. siapkan cepat3 sebab nak kena sampai studio kul 6.30 pagi..sampai kat astro, ada masa dalam 15 minit untuk zara dan sorang budak lagi on air. masa ni johan hanif ngan ray berborak dengan dorang jap. elok je kul 7, nana minta dorang masuk dalam konti era. tapi zara minta mama tunggu kat luar. dia x bagi mama temankan dia kat dalam. mula3 dia mintak maksu temankan..tp lepas dah okay dalam 20 minit kat dalam tu, maksu pun kena keluar.

zara cam segan3 nak berborak, sebab mmg dia peminat setia jozan. so jumpa uncle johan mungkin buat dia rasa excited kat dalam tu, tapi dia mampu berkomunikasi dengan baik. yakin dengan diri dan tidak lepas laku. dia menjaga bahasa ketika menjawab soalan dorang..(lps tu bila maksu tanya kenapa dia xnak bergurau ngan dorang, dia kata takut nanti dorang marah..). mungkin sebab dia belum 'panas' dengan trio johara. kalau dh kenal lama siket, merapu jugak aku rasa.

dalam usia 5 tahun dulu aku menangis masa mak tinggal kat sekolah. aku menyorok kat belakang mak kalau jumpak orang yang aku xkenal. aku jugak menangis dua minggu pertama masa masuk hostel form 1. so bila zara 'on air' kat radio no 1 di msia dengan konfiden masa umo 5 tahun ni mestila sikit sebanyak aku bangga.

sori la kalau korang kata aku melebih3. bukan aku nak riak ke apa, aku bangga je. sebab aku rasa pengalaman ni boleh membentuk keyakinan diri dan public speaking dia. aku jugak x sangka di boleh belasah lawan pantun dua kerat merapu tu dengan johan. not bad kan?hahahaha...

so kat sini aku share video dia di konti yang upload oleh erafm di youtube.



dan kat sini boleh tgk gambar-gambar zara di konti


http://goo.gl/TlZ3e










Sunday, 26 May 2013

kisah aku dia dan kamu (jujur#4)

Kelmarin aku masuk ofis pagi3, sebab aku kena handle input utk presentation co trip. dah dkt sebulan aku and the gang kalut pasal ni. Elok habis election aku bz pasal ni pulak. banyak gak benda lain yang tertangguh sebab sibuk punya pasal. best buddy aku ajak p redang pun xsempat sebab ni. Lepas aku check form, aku singgah kat meja WY untuk discuss merchandise. lps tu aku p kat ZC nak confirmkan semua gambar nominees dah masuk web.

Dalam kul 9.15am townhall start, settle dalam masa setengah jam. semua smooth alhamdulillah.dannn semua staff dapat breakfast free ari tu, yeayyyyy...

aku biar dorang makan dulu, sbb aku kira tuan rumahkan, hahaha..dalam dok tengok orang beratoq aku kena sergah dengan si Zakwan Jamil..dia bru masuk keja haritu..mentang3 cuti dkt seminggu p pulau, tinggal bijik mata je nampak..kulit gelap macam dah nak hangus aku tgk.

Lps breakfast free tu dia ajak aku turun, teman dia smoke. tapi aku xsempat sebab ada dua tiga benda nak settle. Habis je benda settle, bru kul 10.40am, official keje aku start kul 11am. Sempat lagi nk turun p cafe. Kami singgah kat fishtank, ajak Wati Cangkung skali.

Wati yang x sempat breakfast terus pegi cari food. Aku tunggu kat meja sementara Zakwan beli air..Lepas dua tiga langkah baru dia jerit,

~ "woi nak minum apa?"

Aku pun jerit balik apa yang aku nak minum sambil terus duduk tunggu kat meja. Lama aku tgk si Zakwan dok memusing kat fridge air tu. Pi balik - p balik dua tiga kali. Aku ingat dia pun nak beli something to eat, aku biar je laa..

Bila sampai je terus dia hulur air jus mangga dalam kotak kat aku. dia minum nescafe tin.

"air aku nak xde ke?"

~ tu je yang ada...

Aku biar je dulu air tu sambil borak dengan Honey, yang singgah kat table kitorang. Lepas tu aku tgk ada orang lalu sambil bawak air yang aku suruh Zakwan beli tadi.

"apsal budak tu beli ada air tu beb, dorang baru refill kut..aku nak tukar air laa.."

~ mana ada beb, aku dah pusing tengok banyak kali dah mana ada air tu tadi..

Tak puas ati, aku bangun jenguk kat tempat jus tu..

"Laaa, kan banyak tu.."

Sambil berkerut kening si Zakwan jawab

~ ada ke? sebelum ni aku tak pernah pulak perasan ada jus mangga dalam tin...yang aku tau mango kotak ada laa... - konfiden menegakkan pendapat dia!!!

Aku pandang lama-lama muka Zakwan, nak gelak ke nangis aku pun xtau..pelan-pelan aku bangun terus p tukar air yang aku nak.

Bila sampai kat table, dua-dua gelak macam nak gila tengok jus MANGOSTEEN kat tangan aku... hahahahahahhahahahahahahahahah


Tuesday, 21 May 2013

Doa jawab exam

Minggu ni anakanda zara ada exam kt tabika dia.. dah sebulan pengetua, cikgu dgn ustazah dia akan pesan kt sapa3 je yg antar zara p school tiap3 pg..sbb dorg risau budak tu selalu ponteng..(uhuk3)

Pg td mama siapkan air mandian..masuk bilik, dua kali panggil zara dah bangun..terpisat3 cuba bukak mata.. merangkak pelan3 turun dr katil..mama pegang tangan bawak p mandi..sambil siram badan mama pesan, nnt leklok jwb exam, ingat balik apa yg cikgu ajar, jangan kelam kabut..zara mengangguk je terkebil3..

Lps siap mandi mama kejutkan maksu suruh siap nk antar zara p school..sambil pakai baju mama ckp babah antar wassap pg3 sblm ke offshore sbb hp xleh bwk..babah pesan suruh zara baca bismillah sebelum jawab exam..jgn lupa baca doa..

"ok nnt zara baca bismillah..tp mcm doa nk jawab exam ma??"

- iskkk zara xtau ke?kt school ustazah x ajar?

"xde ma, ustazah ngn cikgu wai tak ajar pun.."

Sambil bgn ambik sikat mama ckp - klu nk ajar skrg nnt zara lupa.. hari ni zara doa bahasa melayu je dulu bg zara boleh jwb exam ye..

"Zara nk bg dapat seratus exam ni ma..,"

- ok, clever girl..zara doa mcm tu je nanti tau..

Dah siap sume mama hantar zara kt pintu, salam cium tgn hug and kisses segala bagai..hilang je zara dr pandangan terus mama bukak internet..


cr mr google untuk tanya cemana doa nk amek exam!!!!

Monday, 29 April 2013

zara oh zara...

si zara buat homework dibantu oleh Alah sebagai tutor.

Alah : tulis elok3 tau sampai habis

Zara : alah, tgk ni dah siap...

Alah : haaa mcm tu laaa...bagus betul 'dia ni.. '

Zara : haihhh alah ni, nama saya bukan Danny!!!!