beberapa tahun dulu, aku terbaca satu blog yg sgt dekat dgn aku..penulisnya baru setahun menulis..sejak tu aku xpernah miss menjengah penulisan budak ni menerusi blog yg dinamakan 'itu blog dia' hehehhe...sampai bila xde entry baru aku rasa macam nak je aku ketuk umah dia tanya weh budak, kenapa x hapdet bloggggg!!!! aku time tu cuma ada few blog yg aku ikut, dan aku xsure apasal budak ingusan ni ( nah tisu..) berjaya menarik minat aku nk baca setiap entry dia..sampai aku baca balik older post yg aku missed dulu..
Aku terus ikut blog dia sampai p order kek ngn kuih kat mama dia..time p amek terjenguk3 intai ada ke budak ni..tp xpernah jumpa time tu sbb dia study kt Johor..aku juga baca plak blog mama dia skali, dan rasa dia lebih dekat di hati..apa yg membanggakan ialah slps setahun lbh aku jd silent reader, sbb mmg aku bca diam3..(xkn nk jerit plak masa baca kannn) budak ni muncul jd carian terpantas Google untuk tahun 2010..gila baq ang, kalah ct nurhaliza time tu!!!
Keja aku ni yg dekat dgn artis dan menteri tak pernah menyebabkan aku peduli dengan selebriti..cuma sejak ada insta ni aku rajin amek gmbr untuk kawan3 (pirahhhhh hahaha)..aku cuma teringin nak jumpa dia sekali, nak cakap aku suka baca blog dia..dan aku suka dengan cara dia berfikir..sampai aku nak anak aku jd sebijak dia, dean list kot!!!
Aku pernah nak cancel plan tour Europe yang dah dua tahun dirancang sbb kwn3 x jd pergi atas sebab peribadi..tp baca balik entri dia pergi sorang3 xyah nak tunggu kawan laa..why not aku pergi dan cari kawan baru, aku pujuk ati..so I went, dan tu jadi antara pengalaman berharga yg x akan aku lupa..
Dari tahun ke tahun, dia beralih dari model kepada pelakon..dan jadi antara pengacara berwibawa..dan turut terpilih jadi wajah astro..perghhhh....aku plak yang bangga, pada hal aku sapa??pembaca setia blog dia ja...hahahaha
Awal tahun ni, ada satu press con astro yg aku pergi..rupa3 nya dia ada kat situ..aku ni yang pernah interview pembesar negara, masuk istana jumpa raja dan jumpa artis3 ternama xtau cemana kaki aku x lepas nak melangkah interview dia...hahahaha ni pengakuan yang aku x pernah nak cerita kat sapa3..last3 aku balik...aku xtau nak ketuk kepala sendiri ka, nak tampar muka sendiri ka atau nak kata lagu mana...
Sampai satu ketika bulan ramadhan lepas, dia ajak sesiapa yg berminat nak berbuka dengan dia..dan aku hubungi nombor yang tertera ( ayat skema hahaha )
Dan selepas itu lah, aku secara peribadi mengenali insan yang bernama Hanis Zalikha..
Sempena hari lahir che hari ini, akak doakan Allah merahmati dan melindungi dirimu tak kira di benua mana kamu berada..semoga dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan sepanjang usia..dilimpahi kejayaan dalam segala bidang yang diceburi, dijodohkan dengan pemuda yang baik budi pekerti serta dibukakanNya seluas-luas pintu rezeki..
Semoga che akan terus menjadi diri sendiri.. happy birthday dear 💝💐

No comments:
Post a Comment