Monday, 31 December 2012

erkkkkk #2

balik rumah hari tu aku panaskan left over dlm fridge untuk dinner..zara datang dapur tanya...

"mama masak ke?yeayyyy best nyeee..."

~ xla, mama panaskan gravy ni je..nanti kita makan dengan roti nnt ye..

"mama masak roti apa?" zara tanya..

~ ni mama buat garlic bread je...nnt kita makan cicah dengan gravy ok??

"mama pandai buat roti canai macam india kedai tu tak?" haihhhh budak ni...

~ tak pandai laaa, mama belum belajar dengan tok.. aku bagi alasan

"mama tau buat roti Italy??"

~mana la mama tau..roti Italy tu roti apa, zara tau ke??

"mama ni, roti Italy tu buat macam ni, macam pizza " kata budak sambil menebar3 tangan ke atas siap menggayakan caranya..

~ waa pandainya zara..siapa ajar zara buat macam tu??

jawapan zara lepas tu buat aku terkedu lagi...

"mama cuba buka youtube maaa...macam-macam dia ajar kat situ.."


Saturday, 29 December 2012

mampu ke bertahan?



aku balik cepat dr keje hari ni, sebab adik bgtau badan zara panas... sampai rumah aku terus bagi ubat, lepas tu mintak tolong maksu mandikan dia..

basahkan kepala...bagi hilang panas badan..lepas mandi, elok telefon berbunyi...

aku amek hp, bgtau kat mr spider anak demam..(baru je babah keje kat sana sebulan, dua kali dah zara demam..)

lepas tu terus kasik hp kat budak..

~ni babah call cakap dengan zara..

zara datang dekat lepas habis berborak bercerita ntah apa dengan babah, aku plak sambung hapdet sume maklumat dan info terkini kami untuk hari ni dekat mr spider lagi, setakat jam 2 petang tadi (perghhhm mcm hapdet news kannn hehehe)

lepas tu aku siap-siap nk mandi..zara bukak mulut...

"kenapa babah work kat sarawak?" soalan sama yang ke berapa puluh ratus kali aku dengar bulan ni...

~ Babah kena work jauh sebab nk cari duit lebih kasi zara nanti..jawapan selamat yang sama aku balas sambil himpun kain baju nak basuh sendiri nak hantar dobi (tak baik tipu, kannn uhuk3)

"tapi zara rindu babah...bila babah nak balik??" sambil mata bulat tu terkelip3 pandang aku...kesiannn

~ kan nanti lagi dua minggu babah balik, kita jumpa la babah nanti...ok? nahhh.... zara amek syiling ni pergi masuk dalam tabung... aku cuba tukar topik sambil kasik beberapa keping duit syiling dari kocek jeans..

keletap-keletap tapak lebar zara melangkah malas ke depan..maksu dah balik uia..so tinggal aku ngn zara je la kat umah..tok balik Selama pagi tadi..

Lepas aku siap mandi, bru nak duduk tengok tv, zara mengendeng...

"mama...nah amek bekas ni..." budak tu tersengih sengih...




~ ada apa ni?bekas apa? aku tanya acuh tak acuh (apsal la aku always take her for granted.. sorry tauuu!!!)

"dalam ni ada banyak duit DUA PULUH DUA PULUH...mama kasik la kat babah nanti...."

dengan agak musykil aku pun bukak...dalam tu semua duit 20 sen...




aku dengar zara cakap yang membuatkan mata aku bergenang....

"nanti duit dua puluh dua puluh zara ni mama kasik kat babah.. babah jadi la banyak duit, tak payah la babah kena work kat sarawak cari duit lagi..zara tak nak pun duit banyak-banyak dalam tabung ni.."


zara oh zara...

teet teet....

hp depan pc aku berbunyi

ada wassap masuk  - roha iph

"kenapa mama suka tinggal zara? zara nak pergi sekolah..cepat cepat.."

anak menghantar wassap guna hp maksu dengan nada x puas hati, beserta segala macam bentuk icon dia masukkan. ..aku keje pagi, kul 6 hari ni..

mama work, sorry..tapi sekarang sekolah cuti lagi, belum bukak.. hari rabu nanti mama hantar ye...  aku balas...

"tanaknaksekolahjugak" dah ayat yang dihantar xde space...

tapi sekolah belum bukak lagi.. aku try pujuk jugak

"Yeke?" pendek tanya zara

Ye betul, zara cuba tanya tok atau maksu...aku cari sokongan

"Tok takde maksu ada..."

kalau macam tu zara tanya maksu ok?

"kalau tok takde maksu saja ada
yelanaktanyasiapalagi kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..." bila 'n' saja dah melangkau tiga baris tau la sinis sungguh balasan wassap dia..

*haihsabojelaaaa*








Saturday, 22 December 2012

selamat pengantin baru





hehehe, aku suka lagu ni masa zaman gila hindustan kat uitm dulu..dan aku respect sbb apex ngn tunang dia selamba je nyanyi untuk penuhi permintaan THR Gegar..xyah la kita jadi juri sangat nak komplen..pada aku sporting tu yang penting..

Thursday, 13 December 2012

zara rindu babah...


balik langkawi xsempat lg nk jengah blog..hahaha, lambat siang nk ada blog, konon banyak sangat nak tulis..bila dah malasss, hmmmppp hampeh..

tp malam ni aku teringin nak bagitau betapa suwit anakanda aku..dia rindukan babah, suruh aku call..pastu dia bawak hp aku kat PC, dia suruh babah dia dengar lagu ni kat youtube..mula3 aku xpeduli, tp lepas aku tgk lagu ni versi lirik, aku rasa sangat terharu...so babah, ini lagu untuk babah dari zara







dan ini zara taip sendiri..

hi babah zara nak kasi lagu ni dekat babah dengar lagu ni boleh? zara syg babah 


Wednesday, 5 December 2012

better person...



5th Dec..sejak minggu lepas aku dah bayangkan hari ni aku mesti sedih..tp lagi 10 minit sebelum jam 12 malam, kekasih hati yang jauh di mata dah call..mr. spider kata dia nak jadi org pertama yang wish..so aku rasa happy..sgt3 happy..rasa cam remaja bru bercinta semula..walaupun jauh di mata, aku tau aku dekat dihatinya, dan aku harap dia juga tau dirinya bertakhta dipuncak jiwa, namanya terukir di jauh di dasar hati dan cintanya bersemadi di setiap urat nadi..

semoga di hari ulangtahun kelahiran kali ini aku berubah menjadi seorang isteri yang lebih baik untuk dirinya..



luv u nyawe, gkk!!!

untuk teman, rakan dan keluarga..terima kasih kerana memilih untuk terus bersama saya..

i don't have regrets, there are only lessons.. i learn from them and i become a better person..




Monday, 3 December 2012

ehem3...

setelah beberapa kali pertemuan, harini baru aku berkesempatan nak bergambo berdua dengan lelaki singapura idaman malaya ni..baru la lengkap gambo aku dengan ain, bila aku ada gambo dengan adam..



so kepada sesiapa yang minat dengan abam aaron nie, boleh le download gmbor neh, pastu guna kreativiti sendiri nak buang gambo ai letak gmbor sendiri ye..che bagi izin..heheheh