Thursday, 28 February 2013

kenapa jambatan runtuh...

KRONOLOGI LONDON PUTRAJAYA BRIDGE IS FALLING DOWN



kira-kira jam 2.30 pm lepas lunch, anak-anak rasaksa ini terlepas..dorang bermain3 kat sini..selepas bertepuk bertampo, tamparan tu terkena jambatan...


opssss






dorang opss, dosaksa tu lari sbb otomen datang..nasib baik bapak dorang dosaksa tu dtg tolong lawan dengan otomen yang marah sbb dia kena bersihkan jambatan runtuh..






Lepas berlawan, (mesti tau la sapa menang...) so otomen bertukar semula jadi manusia yang kena pikir cemana nak buat ngan jambatan ni..(nampak tak yang pakai baju oren kek bawah tu???


Dan dalam citer tamil melayu, cina, tamil dan hindi mesti polis akan datang last skali...



Sekian....

ps : terima kasih kepada semua penyumbang gambo..hehehe

Saturday, 16 February 2013

kehilangan #2

tengahari semalam seorang sahabat, liza memaklumkan adiknya nana kritikal di HKL, selepas tiba2 rebah dan jantungnya berhenti berdegup. semua sahabat2 lain terus dimaklumkan mengenai keadaan adiknya, ibu muda berusia 31 tahun. whatsapp, fb chat dan bbm bertali arus mendoakan kesihatan nana.

Namun janji Allah lebih pasti, kerana petang tu liza menghantar whatsapp ke group kami..

adik aku meninggal..

dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang.

jangan membayangkan perasaan liza sekeluarga, kerana sesiapa yang tidak ada pengalaman kehilangan saudara di usia muda pasti tak akan tahu perasaan itu. hampir 15 tahun dulu aku lalui pengalaman sama (boleh baca disini ) aku lebih tersentuh mengenangkan tiga anak2 kecil nana yang kehilangan kasih sayang ibu mereka di usia yang sangat muda..

buat sahabatku, aku hanya mampu berdoa semoga seisi keluargamu redha dengan ujian ini. dari pengalaman aku, kehilangan abang membuatkan aku lebih menghargai semua ikatan, samada kekeluargaan dan teman-teman di sekeliling aku.

Alfatihah.




kehilangan #1

fuhhh, dah berhabuk x berjengah lebih sebulan..kenapa?apa lagi kalau bukan sebab penyakit 'm'..

hari ni aku nak kongsi kisah kehilangan yang tidak disangka-sangka.

tengah malam rabu lepas, aku dapat berita adik iparku kehilangan bayinya yang baru berusia 5 hari...bayi lelaki bernama ahmad hushrau itu tak sempat aku tatap. kerana sebaik mendapat berita adik iparku melahirkan, kandungannya hanya berusia 6 bulan. bila aku bergegas ke ipoh, ahmad telah dimasukkan ke NICU. hanya ibu bapa sahaja dibenarkan melihatnya.

berdasarkan perbualan, keadaan kesihatan bayi seberat 855 gram itu agak meyakinkan..aku tau dia seorang pejuang, kerana mampu bertahan di dalam balang kaca tanpa dapat dibelai oleh ummi dan ayahnya. melihat gambaq sikecik tu dalam hp umminya, aku segera merasakan ikatan. ahmad merupakan anak ketiga, selepas dua kakaknya. satu persamaan dengan aku yang juga anak ketiga selepas dua abang..tak sabar nk tunggu dia kuar spital.

aku balik selama, lepas tu singgah menikmati masakan bonda mertua sebelum gerak ke kl dengan lapang dada. selepas dua hari berlalu, sms yang aku terima meremukkan hati, bukan saja aku malah aku percaya hati semua ibu.

mak pb ~ baby kirah meninggal

sebaik membaca sms tu aku terus mendail nombor emak, bertanya segala detail. lepas tu aku mencari satu nombor hp. ku tarik nafas dalam2 sebelum memberi salam..sayu je salam aku bersambut..terus aku blank.. sejujurnya aku tak tau apa yang patut aku tuturkan untuk menenangkan sang ibu yang berduka coz the death of a loved one is one of life's most difficult experiences, apatah lagi jika anak yang meninggalkan ibu dan bapa.

"kirah kat spital lagi?" soalan tu aku rasa macam tak bernas sangat sebenarnya..

~ haah, tgh tunggu dorang bagi bawak balik.

"kirah ok?" satu lagi soalan tak patut aku tanya!!!dan jawapannya hanya tangisan di hujung talian (walaupun hp xguna tali, aku xtau apsal aku tulis camni)

dan sebagai spesis yang banyak bercakap, jelas aku kehilangan kata-kata untuk bersuara ketika itu..apa yang mampu, aku cuma boleh meminta kirah bersabar sebelum menamatkan perbualan.

buat adinda nor shakirah dan suaminya ahmad fathiyakan, Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. sesungguhnya ahmad hushrau telah mempunyai tempat terbaik disisi yang maha Esa. alfatihah..