Tuesday, 27 November 2012

aku relakan kau pergi..

perghhh...tajuk macam novel yang bakal dibuat drama bersiri ala2 adam dan hawa kan?? huhu, kalau aku ni rajin menulis, boleh dapat 120 episod ni..hehehe, tp aku just nak share apa yang aku rasa hari ni bila en suami takde lagi disisi..

last week hubby dpt offer ke miri, untuk jawatan baru. memang sejak dulu dia berminat nk keje offshore, jd peluang yg dtg takkan pulak nk ditolak..masa dibagitau offer tu, aku steady..tumpang bangga dengan beliau dia...kwn3 byk yang ckap, boleh ke aku jauh dengan husband..tapi aku kan jiwa kental, kakak kawasan..xkan le nak layan jiwang segala bagai..aku rasa aku mesti ok..tambah pula lepas kawen dulu aku keje kl, dia keje kat penang..lebih setahun berulang, baru mr spider datang kl selepas kehadiran zara..aku cuma risau zara je..xpernah jauh dengan babah..

masa yang diberi sgt singkat, xsempat hubby nak balik jumpa his mom pun sebelum fly, tp my MIL dah bagi doa restu..sebab masa yang pendek, group dorang nak pergi hari isnin, terpaksa berlepas selasa..sebab isnin semua flight ke miri penuh walaupun dorg masuk dalam waiting list..

Pagi td jam 7.15am terbang la mr spider ke sarawak..kelam kabut dgn cuti sekolah, orang ramai gila xsempat kami berdua melayan perasaan dah dia kena boarding..hilang je babah zara dr pandangan, buat pertama kali aku rasa kaki aku x lepas melangkah  untuk keluaq dr LCCT..lama aku ngan zara duduk kat kerusi tu..aku xtau apa yang aku menungkan, zara setia kat situ menunggu..bila jam dah pukul 8pagi baru zara cakap "mama zara lapar.." aku ajak dia bekfas dulu sblm balik..zara tertidur dalam kereta..aku drive entah macamana..sedar3 dah sampai rumah..

naik bersiap nk pegi keje..mr spider dh call bgtau selamat sampai jam 10 pg..lepas antar zara aku p work..jam 11.30 hubby call, jam 3 ptg pun dia call...aku lega semua smooth untuk dia..kul 7 aku balik tgh hujan lebat..amek zara, terus naik rumah.. ada satu rasa yang xdapat aku ceritakan..rasa kosong..dan ada seolah3 bunyi berdesing di telinga yang menggelamkan semua bunyi bising lain..sampai rumah, dah xdak kekasih hati yang selalu setia menanti..xdak juga senyuman yang selalu aku tunggu saat aku membukak pintu..xdak gurauan babah menanti di balik pintu nak kejutkan zara..sebagaimana aku, zara lebih sedih..ntah dok bbm ngn sapa meluahkan rasa..ujan yang turun sejak petang tadi menambah rasa sayu..rumah kecil kami rasa sunyi, sesunyi hati kami..last3 kami berdua masuk bilik, bukak tv dan tenggelam dalam aktiviti sendiri..bagi aku, malam ni ibarat sebelah diri aku yang pergi..



2 comments:

  1. Alahai syahdunya. Tringat zaman berjauhan hampr dua thn sblm ni. Huwaaaa

    ReplyDelete