
11 Mei menjadi satu tarikh yang tak akan ku lupa...pada 11 Mei 1998 aku kehilangan satu-satunya lelaki yang maha akrab dengan aku..abang aku, arwah roslin zulfakhri said.. (beberapa bulan selepas lin meninggal, aku kenal krel yang birthday dia jatuh pada 11 Mei..dan kini kedua-dua lelaki yg berkongsi tarikh penting ni, dua-duanya aku kasihi, tidak ada lagi..)
Berbalik kepada lin..Aku dengan lin ibarat isi dengan kuku..sejak kecik kami memang kamceng..masa tu cuma kami 4 beradik..abang, lin aku ngn ila..dua lelaki dua perempuan..ila kecik lagi (pada kami ila masa tu anak manja..) masa tu, aku dengan lin lak memang xbrapa ngam ngn abang..jeles kut..sebab ayah selalu cakap..semua kena belajaq macam abang.. pandai macam abang..rajin macam abang..baik macam abang..tiap2 kali periksa dapat no 1..abang pernah menangis sebab dia dpt no 3 dalam kelas..sebab dia demam x salah aku sebelum exam darjah berapa ntah..aku ngn lin gelak guling2..sebab kami dapat no 7-8 tu dah cukup baik..tapi bagi guru besaq macam ayah, anak pandai yang belajaq di sekolah lain mungkin membanggakan dia..maybe, bila Anthony Kanikasamy guru besaq sekolah SRK Jalan Menteri jumpa dia dan puji2 abang masa mesyuarat daerah adalah sesuatu yang menyenangkan bg seorang bapa..kami??guru besaq tu xkenai kami pun...hahahah
lin ngn aku bukan tak pandai..tapi kami adalah budak yg enjoy dengan hidup kami..hehehe.kami main longkang smpi ayah datang bawak rotan, p main basikal sampai kena kunci kat luaq umah..mana xnya, sebab sampai maghrib x balik2...p main lombong..balik basah2 ayah dah siap tunggu dengan tali pinggang..sorang lari masuk toilet, sorang sembunyi dalam bilik mandi..(beza tau toilet dengan bilik mandi)..last2 ayah kunci dari luaq..dok la dlm tu 2-3 jam..tggu ayah kuaq umah baru kak zah, pembantu rumah masa tu berani bukak pintu lepaskan kami..padan muka..
banyak sgt memori aku ngn lin..seingat aku aku xpernah bergaduh besaq dengan lin..kalau berebut apa2 dgn aku, selalunya lin akan mengalah..sebab dulu masa aku 5 tahun kut, aku pernah bergaduh berebut bear getah mainan dgn lin..lawan tarik sampai berguling kat porch..tarik punya tarik last2 kepala bear tercabut, aku terpelanting kat ekzos motor..lin dah kelam kabut tgk aku berdarah..pggl mak bwk p klinik..lps tu lin asyik mengalah je ngn aku..sampai skrg berparut kening aku..susah gak nk explain time tu bila org tanya parut kt kening kena apa??kena ekzos...hahaha...
jadi bayangkan la apa perasaan aku pada cuti hari wesak 11 mei 1998..
kring-kring...kring kring
"hello ...."
"AKAKKKK..kami kat spital ipoh ni..ABLIN DAH XDAKKK!!!!"
saat aku terima paggilan telefon dari ila sebelum subuh tu, aku rasa ni nak melawak apa pg2 ni..agak2 laa..tapi lepas ila ulang ayat yang sama aku rasa longlai..lemah kaki hingga aku x mampu berdiri..abang yang paling rapat dengan aku dah pergi??really??aku tanya berkali-kali..ila x lagi berkata-kata..sayup menerusi gagang hanya tangisan yang aku dengar di sana..aku terus terbayangkan saat terakhir aku bertemu lin (panggilan aku just LIN, adik2 lain panggil ABLIN..)
*** kalau filem dia akan zoom in.. gambar jd berbayang2 untuk flash back..
dua hari lepas..Lin janji nak pulangkan motor aku ADN 9155 hari Jumaat, 8 Mei.."nnti kita dinner skali la," kata dia..nnt lin mai umah kul 9 camtu..so aku tunggu..dah siap nk kuar tapi lin x sampai2 lagi..lapar punya pasal, aku makan dulu..tukar baju malas nak kuar..dh lepas midnite bru dengar enjin motor berhenti di luar rumah..
"assalamualaikum.."
wsalam, aku jawab..bengang campur geram..belum pun pintu aku bukak aku dah tanya.."awat lambat???!!!"
sebaik pintu kaca tertolak aku nampak muka lin berseri2 malam tu..dia pakai baju t merah berkolar, merah terang yang menyebabkan dia nampak lebih putih (tapi aku rasa anak mak mmg putih, aku ngan roha ja yg ikut kulit ayah..) aku perasan lin juga ada janggut sejemput yg dia xpernah simpan sebelum ni..
tapi sebab aku hangin dia lambat, aku xpuji2 mengusik dia macam selalu.. aku cuma tanya " awat lmbt..ita dh makan dulu dah.."
Lin tersengih2.."lin tengok cerekarama dulu tadi.."
"cehhhh...apa da org tggu sini dia dok tgk tv dulu"
"bukan camtu..heroin dia macam muka diah..teringat kat dia..tu yg tgk dulu"
"ala, ingat awek plakkk..nnt esok blik selama p la jumpak.." aku sound tepet..
"dia mana ada, xcuti..kat kelantan lgi..next week final, lps tu kalau dan baru jumpak..dah p tukaq baju..jom p makan"
diah adalah cinta hati lin, beza umoq dgn lin 4 thn.. dorang couple dari diah form 2 xsalah aku..skrg diah dah final year kat poli Kelantan..
"malas nk kuaq dah..dah kenyang.." aku juai mahai..
"xnak sudah, antaq lin kat shell dpn sat.. sham tggu kat situ...lin nk balik selama dengan dia.."
"laaa..kata nk p makan??"
"dah ita xmau makan, satg lin makan ngn sham la, kat r&r pn boleh..nk blk selama kenduri kakak man cikgu karia.."
aku terus celapak atas motor..sampai shell, sham best friend lin yg keja engineer mas masa tu dah tggu..
"hang xmau balik ka makan kenduri??" sham tanya..
"aku ada exam la weeknd ni..lps ni aku balik"
lin huloq RM2 duit syiling singgit kat aku.."nah, buat isi minyak.." (time tu RM2 dpt setengah tangki myk motor)
aku ambik duit tu...mata aku perhati ja lin naik kereta..
"dah p balik, dah lmbt.." tu pesan seorang abang..
"k, sham leklok bwk keta..bye lin"
aku terasa pandangan lin hari tu sangat mendalam..jernih matanya xlepas memandang aku hingga kereta menghilang..
aku hidupkan motor dengan starter, terus balik ke taman mawar puchong tanpa aku tau di shell puchong jaya tu lah jadi tempat terakhir aku jumpa lin..
Esoknya lin call " ni nak pegi tlg kt kenduri ni..mak xdak, balik semanggol..ayah ja ada kat umah.." kami berborak macam biasa..dah jadi satu rutin untuk lin call aku, kdg2 2-3 hari sekali..tp ada masa sampai 2-3 kali sehari..
Ahad 10 Mei..lin call, dia kata kalau sempat nk p kat mak kt semanggol....so xsure lagi balik KL isnin atau selasa.. pastu borak2 kosong..
Hanya itu..hanya itu perbualan terakhir dengan seorang lelaki bergelar abang..
***
Selepas terima berita dari ila pagi tu, aku terus call semua mak2 sedara di KL..paksu, makndak, makteh akan datang berhimpun kat umah aku sebelum balik selama..abang belum dapat dihubungi..aku ambik wudhuk, terus semayang subuh dan baca yasin..tapi hati aku tetap kata lin masih ada..ila salah dengaq, doktor salah, tersilap orang maybe..
Perjalanan balik ke selama dengan makndak dan abang bulat aku rasa sangat lama..aku sampai dalam pukul 12 tengahari..aku nampak orang dah ramai di luaq umah..turun kereta aku terpa masuk..terhenti sekejap nafas aku sebaik aku nmpk sekujur tubuh dengan muka ditutup di ruang tamu..xpeduli mata2 yang memandang..aku menjerit dan meraung di tepi jasad lin..ila, mak dan adik2 datang peluk aku..lama untuk aku yakinkan diri, ini suratan yang allah dah bagi..dah tersurat hanya di setakat ini..selepas aku hadiahkan bacaan yaasin untuk lin, aku buka kain yang menutup wajah abang aku tu..aku check tangan dan badan tapi xada luka..hanya lebam di mata, tangan dan luka di belakang kepala..
Menurut ila, lin eksiden dalam kul 11 malam 10 Mei..dibawa ke hospital selama oleh pemandu yang lalu kat situ sebelum seorang sahabat menjemput ayah ke rumah..bila ayah sampai kat spital selama, lin dah dibawak masuk ke dalam ambulans untuk di bawak ke hospital taiping..ayah kata dia sempat jenguk lin dalam ambulans, bagitau nk jemput mak kat semanggol sebelum sama2 ke taiping..doc kata lin patah kaki..so ayah kata dia nk p amek mak, dan mintak kawan lin, kudin ikut naik ambulans..
otw amek mak, kwn lin call ayah bagitau lin kritikal, akan dibawak ke hospital ipoh...lps amek mak dan adik2, mak ngan ayah terus naik highway ke ipoh..ayah call pakcik din di manjoi..bila sampai di ipoh, ambulans yang bawak lin belum sampai..tggu sampai kul 5 pagi, ayah call hospital selama tanya..diaorang bgtau lin dah meninggal di Simpang semasa nk dibawak ke ipoh..ambulans dah patah balik ke selama..
lepas dengan citer dorang, aku keluaq, terus start keta..mie, jiran sebelah yang aku anggap mcm sedara sendiri stop kan aku..
"hang nak p mana?"
"aku nak p tempt lin eksiden.."
"aku ikut.."
Kami berdua sampai kat lokasi kejadian, dalam 6-8km dari umah aku..motor masih kat situ..lampu pecah, signal pecah..tapi kaca dan serpihan pecah tu semua xada..kesan brake x ada..coklat yg lin beli masih dalam raga moto..aku ngn mie menyusur jalan dkt 2km..aku singgah kat kedai jual petrol kampung berdepan tmpt kemalangan..penjual tu kata dia xdengar apa2 malam tadi..kemalangan itu pada aku masih misteri..tapi kehilangan lin bagi kami adalah pasti.
Bila kami balik, saudara mara, rakan dan jiran tetangga semua dah makin ramai penuh di perkarangan rumah..jenazah akan disimpan selepas asar..tapi abang masih belum dapat dihubungi..sementara emak diah xmau diah dimaklumkan mengenai pemergian lin sbb diah tgh final exam..tambahan pulak dia kat kelantan..aku bersiap untuk menunggu jenazah dimandikan.. saat abang aku dikapankan, aku menangis xhenti2..aku xtau dr mana ayaq mata aku datang sebanyak tu..

mengiringi seseorang yang amat disayangi ke persemadian terakhir merupakan tugas berat yang tak pernah aku sangka..tambahan pula dia abang yang sebaya..someone yang aku expect to grow old together..yang akan sama-sama selesaikan masalah aku, sembunyikan salah aku, cover kenakalan aku..tapi apa daya..cuma andai aku tau lin akan pergi secepat ini, pasti aku akan menyayanginya lebih lagi..
itulah kisah aku, pada 11 Mei 14 tahun dulu..
alfatihah..
untuk allahyarham roslin zulfakhri said yang meninggal dunia pada 11 Mei
(dan untuk allahyarham khairil nizar ali yang lahir pada 11 Mei..)
No comments:
Post a Comment